website

Saturday, April 30, 2011

SALAMFONE
Perkhidmatan Mudah Alih Pertama Berasaskan Shariah

PENERANGAN
Anda sudah bersedia untuk mengubah cara anda berkomunikasi?
Kami, anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih, akan mengubah cara anda berkomunikasi dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berpandukan prinsip-prinsip Shariah dan lima rukun Islam.

Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan... (read more)

INFORMASI
Kami memberikan lebih daripada produk yang menepati Shariah. Dari proses awal penghasilan sesuatu produk sehinggalah produk itu sampai ke tangan anda, kami mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan semua mengikut prinsip Shariah.

Untuk mengekalkan ketelusan dan menjaga keringkasan prinsip-prinsip Shariah asas, kami akan terus bekerjasama dengan badan penasihat Shariah kami. Ini supaya kami dapat menjamin yang terbaik buat anda.

PRODUK
Produk Utama:
> Sim Pack
> Voucher Reload
> e-Reload

Perkhidmatan Utama:
> Infaq - Berbual sambil berinfaq (kepada komuniti)
> Talian Hidayah - Tele-Ustaz, Tele-Fatwa, Tele-Halal
> Mesej Percuma Hari Jumaat
> Hari Kebesaran Islam - Peringatan, 'Amalan terbaik, Diskaun
> Umrah dan Haji - Cabutan bertuah setiap bulan

Perkhidmatan Sampingan:
> Famili & Rakan Salam - pakej diskaun sehingga 10 orang famili & rakan
> Reload Transfer- Airtime Credit Transfer

Perkhidmatan Nilai Tambah:
> Aplikasi Islamik - Waktu Solat; Kalender Islam; Arah Kiblat; Doa-Doa Muktabar dll.
> USSD Chat - mudah & murah (sgt sesuai golongan muda)
> Khidmat Internet - pilihan pelan yang bersesuaian
> Jalur Lebar Prabayar (Prepaid Broadband).

HARIAN METRO 7/4/2011

 HALAL...Kamshul menunjukkan kad prabayar Salamfone.HALAL...Kamshul menunjukkan kad prabayar Salamfone.

SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), pemain industri telekomunikasi terbaru 
negara, melakar sejarah tersendiri apabila memperkenalkan perkhidmatan 
telekomunikasi mudah alih prabayar berasaskan syariah pertama di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, pihaknya yakin 
Salamfone diterima baik masyarakat Islam di negara ini yang semakin 
cenderung mengamalkan cara hidup mematuhi tuntutan agama.

“Salamfone percaya sudah tiba masanya untuk mewujudkan perkhidmatan 
 telefon mudah alih berasaskan syariah yang relevan dengan masyarakat Islam 
 di negara ini dan kami sememangnya serius mengenainya.”

“Oleh itu, kami pastikan model perniagaan kami membabitkan pelaburan yang 
ditambah nilai dan perkongsian perniagaan yang 100 peratus halal. Dengan 
cara ini, kami bukan hanya memelihara integriti jenama Salamfone, malah 
membuktikan kepada semua betapa seriusnya kami mengikut prinsip 
Islam sebenar, bukan semata-mata menjual produk,” katanya kepada media 
bagi memperkenalkan Salamfone menggunakan nombor bermula 0106 di 
Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan mampu menyediakan perkhidmatan 
ke seluruh negara menjelang akhir tahun.

“Buat masa ini, perkhidmatan Salamfone boleh didapati di Terengganu 
sejak 29 Mac lalu, Kelantan (2 April) dan Kedah (4 April). Perkhidmatan di 
ibu negara dimulakan selepas majlis pelancarannya malam ini (semalam) dan 
menjelang akhir tahun kami yakin mampu menyediakan perkhidmatan 
di seluruh Malaysia,” katanya.


Menurutnya, antara perkhidmatan ditawarkan termasuk Infaq iaitu satu sen 
didermakan Salamfone kepada rumah kebajikan setiap kali pelanggan 
membuat panggilan.

UTUSAN MALAYSIA 7/4/2011

ARKIB : 07/04/2011

Salamfone mudah alih syariah pertama di Malaysia

Khamsul Kasim menunjukkan pek permulaan Salamfone yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 April - Pengendali talian perkhidmatan mudah alih prabayar pertama berlandasarkan syariah Islam, Salamfone Sdn. Bhd. (Salamfone) merancang untuk menembusi seluruh pasaran Malaysia dalam tempoh tiga bulan lagi.
Sejak 29 Mac lalu, Salamfone sudah berada di pasaran Kelantan, Terengganu Perlis dan Kedah dan bermula hari ini perkhidmatannya dipasarkan di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, tujuan pengenalan Salamfone di tiga buah negeri utama itu berikutan pasaran untuk penduduk Islam yang tertinggi di negeri-negeri berkenaan.
Katanya, beliau yakin Salamfone yang menggunakan aplikasi berunsur Islam serta mengharamkan gambar lucah ditonton dapat diterima masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.
"Kami mempunyai pasaran khusus untuk Salamfone iaitu golongan berusia 30 hingga 55 tahun dan keduanya untuk mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun,'' katanya pada sidang media mengenai Salamfone di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi Reach Telecom Holdings (Reach Telecom), Waleed Al Sayegh.
Reach Telecom merupakan salah sebuah syarikat terbesar yang menjadi pelabur dalam Salamfone.
Salamfone ditubuhkan pada Jun tahun lalu dan sebagai promosi, pihaknya memberi ganjaran sebanyak 14 pakej haji dan 32 pakej umrah kepada pelanggan setianya yang mengekalkan tambah nilai RM30 setiap bulan.
Kod nombor pangkal talian Salamfone adalah 0106 XXXXXX dengan pek permulaan prabayar pada harga RM8.50.
Kadar tambah nilai prabayar Salamfone bermula dari RM5, RM10, RM30 hingga RM50.
Kadar caj panggilan promosi Salamfone adalah 20 sen seminit manakala pesanan ringkas 10 sen seminit.
Ketika ditanya sama Salamfone merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar dan pesanan ringkas multimedia (MMS), Kamshul menambah, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu bulan depan.

DATA - PAY PER USE

1.What is Salamfone’s Data Pay Per Use and how much is it?
   It is a feature provided for internet users to browse with their mobile phones/smartphones with a rate of RM0.10/10kb.
   IMPORTANT: Most of the current smartphones are “Data Enabled” as default. Please check your device settings to prevent 
   from any high data usage.
2.Is this product available when I sign up with Salamfone SIM pack?
   The data access is enabled as default.
3.What is the setting required?
   APN: sfwap
4.How do I terminate the service?There is not termination required.
5.Do I need to pay for content purchases when I surf the website?
   You will need to pay for the contents purchased online and it is not included in the Data – Pay Per Use
6.Who is eligible for this service?
   As long you have an active Salamfone’s SIM card and sufficient credit, you can start using this service.
7.Can I use this service while I am roaming out from Malaysia?
   No, you are not able to access data while roaming out from Malaysia. 

VOUCHER RELOAD (SOFT PIN / COUPON)

1.
Apakah itu baucar tambah nilai?
Baucar tambah nilai ialah tambah nilai yang boleh dibeli sama ada melalui lokasi terpilih seperti E-Pay, Mobility One, 7-Eleven atau lokasi-lokasi lain yang disahkan. Baucar ini boleh didapati di dalam bentuk kupon fizikal dengan denominasi khusus.
2.


What type of voucher reload is available?
1. Baucar Pin Lembut
Baucar pin lembut adalah baucar tambah nilai yang dibeli melalui E-Pay, Mobility One dan 7-Eleven.
2. Baucar Fizikal
Baucar fizikal adalah baucar tambah nilai yang dijenamakan dengan logo dan imej Salamfone.

Denominasi
Pin Lembut
Fizikal
Tempoh Sah
RM5
Y
Y
5 days
RM10
Y
Y
10 days
RM30
Y
Y
30 days
RM50
Y
Y
50 days
RM100
Y
120 days




3.
Berapakah denominasi kad tambah nilai?
Nota: Denominasi adalah nilai amaun tambah nilai
Rujuk jadual di bawah untuk denominasi yang boleh didapati

Physical Voucher

Denominations/Reload AmountValidity
RM33 Days
RM55 Days
RM1010 Days
RM3030 Days
RM5050 Days

E-Top Up

Denominations/Reload AmountValidity
RM3
3 Days
RM4
4 Days
RM5
5 Days
RM6
6 Days
RM7
7 Days
...
...
RM99
99 Days
RM100
100 Days
4.Apakah itu tempoh sah tambah nilai?





a) Tempoh sah tambah nilai merujuk kepada bilangan hari sah untuk tambah nilai, iaitu seperti ditunjuk pada jadual di atas.
b)Pelanggan perlu menambah nilai sebelum tempoh sah tamat. Jika pelanggan gagal berbuat demikian, pelanggan akan hanya boleh menerima panggilan dan SMS.
c) Jika tidak menambah nilai dalam tempoh 90 hari selepas tempoh sah, akaun anda akan ditamatkan.
d) Tempoh aktif akan berdasarkan denominasi tambah nilai.
e) Jika tiada tambah nilai dilakukan selepas tempoh aktif :
-1) Talian akan berada dalam mod digantung dan kekal selama 60 hari
-2) Dalam mod Digantung, pelanggan cuma boleh menerima panggilan dan SMS.
-3) Pelanggan tidak boleh membuat panggilan atau menghantar SMS.
f) Jika tiada tambah nilai dilakukan selepas tempoh Digantung :
-1) Talian akan berada dalam mod Dilumpuhkan dan kekal selama 30 hari.
-2) Dalam mod Dilumpuhkan, pelanggan tidak boleh membuat panggilan atau menghantar SMS.
-3) Jika tiada tambah nilai dilakukan selelpas tempoh Dilumpuhkan, talian akan ditamatkan selepas 24 jam



Nota: Ilustrasi untuk kitar hidup SIM :
i. Tambah nilai sehingga tempoh sah – Membuat, Memnerima Panggilan, SMS (servis normal)

iii. Tempoh Sah Tamat sehingga 90 hari – Menerima panggilan dan SMS (servis separa)
iii. < Selepas 90 hari, Akaun akan ditamatkan  
*Periksa akaun pelanggan sebelum memaklumkan mereka tentang status!


5.Di manakah boleh saya mendapatkan tambah nilai
  • Ejen dan Pengedar Salamfone
  • Cawangan E-Tmbah Nilai
6.Bagaimana untuk menambah nilai dengan kupon tambah nilai?
a)Langkah 1
Tekan *134*<Pin tambah nilai 14 digit>#
Contoh: *134*12345678901234#
b) Langkah 2
Tekan (call icon)
c) Langkah 3
SMS mengesahkan tambah nilai akan diterima.


7.Bagaimana untuk saya memeriksa baki kredit waktu berbual?
a) Langkah 1: Tekan *142#
b) Langkah 2: Tekan [call icon])
c) SMS dengan baki akaun dan tempoh sah akan diterima


8.Tambah Nilai- *134*<14 digit>#, Tekan HANTAR9.Periksa Baki*142#, Tekan HANTAR

SUARA DAN SMS

1.Berapakah harga pek permulaan prabayar Salamfone?
   RM8.50 dengan kredit muatan RM5.00.
2.Apakah kadar panggilan dan SMS bagi pelan prabayar Salamfone?
   Kadar panggilan adalah RM0.25/minit ke semua rangkaian seluruh negara.
   Kadar pengenalan adalah RM0.20/minit ke semua rangkaian seluruh negara. Promosi ini adalah sah sehingga notis 

   lebih lanjut.
   Kadar SMS adalah RM0.10/SMS ke semua rangkaian seluruh negara.
3.Apa lagi yang ditawarkan oleh pelan Prabayar Salamfone? 
- PERCUMA Panggilan Menunggu
- PERCUMA Nantian Panggilan
- PERCUMA "Caller Line Identification Presentation (CLIP)"
- IDD
- Khidmat Perantuan Antarabangsa
4.Berapakah blok caj untuk pelan Prabayar Salamfone?
   Blok caj adalah 60 saat.
5.Apa akan terjadi sekiranya saya kehilangan kad SIM saya?Anda hanya perlu pergi ke mana-mana pengedar sah  
   Salamfone dan memohon kad SIM yang baru.
   Bayaran minima akan dikenakan untuk penukaran kad SIM yang disebabkan kehilangan, kerosakan atau kecurian.
6.Bagaimana sekiranya saya terlupa nombor PIN saya?
   Sila rujuk pek SIM anda atau telefon Khidmat Pelanggan kami di 010-600 1111.
7.Bolehkah saya menghantar SMS ke luar negara?
   Anda boleh menghantar SMS ke semua rangkaian mudah alih tempatan dan luar negara.

TALIAN HIDAYAH

1.Adakah talian ini dibuka untuk umum?Talian Hidayah adalah khas untuk pelanggan Salamfone sahaja.

2.

Siapakah yang akan menjawab panggilan saya?

Ustaz/Ustazah yang bertauliah akan menjawab panggilan anda.

3.

Apakah jenis soalan yang boleh saya tanya?

Pelanggan Salamfone boleh rujuk sebarang kemusykilan mengenai agama, fatwa dan kepastian sijil halal.