ARKIB : 07/04/2011
Salamfone mudah alih syariah pertama di Malaysia
![]() |
Khamsul Kasim menunjukkan pek permulaan Salamfone yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 6 April - Pengendali talian perkhidmatan mudah alih prabayar pertama berlandasarkan syariah Islam, Salamfone Sdn. Bhd. (Salamfone) merancang untuk menembusi seluruh pasaran Malaysia dalam tempoh tiga bulan lagi.
Sejak 29 Mac lalu, Salamfone sudah berada di pasaran Kelantan, Terengganu Perlis dan Kedah dan bermula hari ini perkhidmatannya dipasarkan di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, tujuan pengenalan Salamfone di tiga buah negeri utama itu berikutan pasaran untuk penduduk Islam yang tertinggi di negeri-negeri berkenaan.
Katanya, beliau yakin Salamfone yang menggunakan aplikasi berunsur Islam serta mengharamkan gambar lucah ditonton dapat diterima masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.
"Kami mempunyai pasaran khusus untuk Salamfone iaitu golongan berusia 30 hingga 55 tahun dan keduanya untuk mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun,'' katanya pada sidang media mengenai Salamfone di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi Reach Telecom Holdings (Reach Telecom), Waleed Al Sayegh.
Reach Telecom merupakan salah sebuah syarikat terbesar yang menjadi pelabur dalam Salamfone.
Salamfone ditubuhkan pada Jun tahun lalu dan sebagai promosi, pihaknya memberi ganjaran sebanyak 14 pakej haji dan 32 pakej umrah kepada pelanggan setianya yang mengekalkan tambah nilai RM30 setiap bulan.
Kod nombor pangkal talian Salamfone adalah 0106 XXXXXX dengan pek permulaan prabayar pada harga RM8.50.
Kadar tambah nilai prabayar Salamfone bermula dari RM5, RM10, RM30 hingga RM50.
Kadar caj panggilan promosi Salamfone adalah 20 sen seminit manakala pesanan ringkas 10 sen seminit.
Ketika ditanya sama Salamfone merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar dan pesanan ringkas multimedia (MMS), Kamshul menambah, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu bulan depan.
No comments:
Post a Comment